Peringatan
Maulid Nabi Muhammad
|
Perayaan maulid Nabi Muhammad shallallahu 'alayhi
wasallam -seorang nabi yang diutus oleh Allah rahmatan lil 'alamin-
dengan membaca sebagian ayat al-Qur'an dan menyebutkan sebagian sifat-sifat
nabi yang mulia ini adalah perkara yang penuh berkah dan kebaikan yang agung,
jika memang perayaan tersebut terhindar dari bid'ah-bid'ah sayyiah yang
dicela oleh syara'.
Hendaklah
diketahui bahwa menghalalkan sesuatu dan mengharamkannya adalah tugas seorang
mujtahid seperti Imam Malik, Imam Syafi'i, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad –semoga
Allah meridlai mereka serta semua ulama as-Salaf ash-Shalih-. Tidak setiap
orang yang telah menulis sebuah kitab, kecil maupun besar dapat mengambil tugas
para Imam mujtahid dari kalangan ulama' as-Salaf ash-Shalih
tersebut, sehingga berfatwa, menghalalkan ini dan mengharamkan itu tanpa
merujuk kepada perkataan para Imam mujtahid dari kalangan salaf dan khalaf
yang telah dipercaya oleh umat karena jasa-jasa baik mereka. Maka barang
siapa yang mengharamkan menyebut nama (berdzikir) Allah 'azza wa
jalla dan menelaah sifat-sifat nabi pada peringatan hari lahirnya dengan
alasan bahwa Nabi tidak pernah melakukannya, kita katakan kepadanya: Apakah
anda juga mengharamkan mihrab-mihrab (tempat imam) yang ada di semua
masjid dan menganggap mihrab tersebut termasuk bid'ah dlalalah?!
Dan apakah anda juga mengharamkan kodifikasi al Qur'an dalam satu mushaf serta
pemberian tanda titik dalam al Qur'an dengan alasan Nabi tidak pernah
melakukannya?! Kalau anda mengharamkan itu semua berarti anda telah
mempersempit keleluasaan yang telah Allah berikan kepada hamba-Nya untuk
melakukan perbuatan-perbuatan baik yang belum pernah ada pada masa Nabi.
Padahal Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam telah bersabda:
"مَنْ سَنَّ فيِ
اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا
وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بّعْدَهُ مِنْ
غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ" رواه
الإمام مسلم في صحيحه .
Maknanya:
"Barang siapa yang memulai dalam Islam sebuah perkara yang baik maka ia
akan mendapatkan pahala perbuatan tersebut dan pahala orang yang mengikutinya
setelahnya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun". (H.R. Muslim
dalam shahihnya).
Sahabat Umar ibn al Khaththab setelah mengumpulkan
para sahabat dalam shalat tarawih dengan bermakmum kepada satu imam mengatakan
:
" نِعْمَ
الْبِدْعَةُ هَذِهِ " رواه الإمام البخاريّ في صحيحه .
Maknanya: "sebaik-baik bid'ah adalah ini"
(H.R. al Bukhari dalam shahihnya).
Dari sinilah Imam Syafi'i –semoga Allah meridlainya-
menyimpulkan:
"الْمُحْدَثَاتُ مِنَ اْلأُمُوْرِ
ضَرْبَانِ : أَحَدُهُمَا : مَا أُحْدِثَ ِممَّا يُخَالـِفُ
كِتَابًا أَوْ سُنَّةً أَوْ أَثرًا أَوْ إِجْمَاعًا ، فهَذِهِ
اْلبِدْعَةُ الضَّلاَلـَةُ، وَالثَّانِيَةُ : مَا أُحْدِثَ مِنَ
الْخَيْرِ لاَ خِلاَفَ فِيْهِ لِوَاحِدٍ مِنْ هذا ،
وَهَذِهِ مُحْدَثَةٌ غَيْرُ مَذْمُوْمَةٍ " رواه
الحافظ البيهقيّ في كتاب " مناقب الشافعيّ"
"Perkara-perkara yang baru (al muhdats)
terbagi dua, Pertama : perkara baru yang bertentangan dengan kitab ,sunnah,
atsar para sahabat dan ijma', ini adalah bid'ah dlalalah, kedua: perkara baru
yang baik dan tidak bertentangan dengan salah satu dari hal-hal di atas, maka
ini adalah perkara baru yang tidak tercela" (diriwayatkan oleh
al-Hafizh al-Bayhaqi dalam kitabnya "Manaqib asy-Syafi'i" juz
I h. 469)
Karenanya Al Hafizh Ibnu Hajar (W. 852 H) menyatakan :
"Mengadakan peringatan maulid Nabi adalah bid'ah hasanah".
Demikian pula dinyatakan oleh para ulama yang fatwanya bisa
dipertanggungjawabkan seperti al Hafizh Ibnu Dihyah (abad 7 H), al Hafizh al
'Iraqi (W. 806 H), al Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H), al Hafizh as-Sakhawi (W.
902 H), Syekh Ibnu Hajar al Haytami (W. 974 H), Imam Nawawi (W. 676 H), Imam al
‘Izz ibn 'Abdissalam (W. 660 H), Syekh Muhammad Bakhit al Muthi'i (W. 1354 H),
Mantan Mufti Mesir yang lalu, Syekh Mushthafa Naja (W. 1351 H) mantan Mufti
Beirut terdahulu dan masih banyak lagi yang lain. Dengan demikian fatwa yang
menyatakan peringatan maulid adalah bid'ah muharramah (bid'ah yang
haram) sama sekali tidak berdasar dan menyalahi fatwa para ulama Ahlussunnah,
karenanya tidak boleh diikuti sebab fatwa ini bukan fatwa seorang mujtahid.
Kita hanya akan mengikuti para ulama yang mu'tabar, selain itu bukankah
hukum asal segala sesuatu adalah boleh selama tidak ada dalil yang
mengharamkan. Agama Allah mudah tidaklah susah. Dan karena inilah para ulama di
semua negara Islam selalu melaksanakan peringatan maulid Nabi di mana-mana,
Semoga Allah senantiasa memberikan kebaikan dan melimpahkan keberkahan Nabi shallallahu
'alayhi wasallam kepada kita semua, amin.
Penjelasan
Sayyid Muhammad ibn Alwi al-Maliki
Pada hakikatnya
Maulid tidak lain dan tidak bukan adalah perhimpunan untuk mendengar sirah Nabi
صلى الله عليه وسلم, serta memperingati kurniaan Allah Ta’ala ke atas
umat ini dengan kelahiran Nabi Yang Mulia Lagi Penyantun dan Penyayang صلى الله عليه وسلم.
Namun demikian
terdapat beberapa serangan liar serta bantahan yang sangat lemah, yang dipegang
kuat oleh mereka yang mengingkari maulid. Malah mereka saban tahun akan membuat
serangan-serangan ini demi menegakkan benang basah mereka.
Antara tuduhan
mereka adalah, orang yang menyambut Maulid beriktiqad bahawa ia adalah hari
raya yang ketiga. Dakwaan ini telah ditolak dan telah diterangkan sebelum ini.
Selain itu mereka
juga mendakwa bahawa sambutan Maulid merupakan tambahan kepada syariat dan
seolah-olah menokok tambah dalam agama. Ini karena, kata mereka, jika ia
merupakan suatu perkara yang baik, tentu sekali Nabi صلى الله عليه وسلم akan membuatnya.
Dakwaan ini merupakan suatu dakwaan liar yang lemah sama-sekali. Ini karena,
tiada seorang pun sama ada orang awam di kalangan Muslimin, jauh sekali para
ulama, yang akan beriktiqad atau menyangka sedemikian. Tambahan pula, bukanlah
semua yang tidak dilakukan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم atau salaf, dan
dilakukan oleh golongan selepas mereka dikira sebagai cubaan menyempurnakan
agama atau menokok tambah dalam syariah. Amat jauh sekali fahaman ini. Kalaulah
demikian di manakah pintu ijtihad?
Apakah yang mereka
katakan pada ribuan masa’il ijtihadiah (permasalahan yang diselesaikan dengan
ijtihad para mujtahidin) yang diselesaikan selepas kurun-kurun yang utama
tersebut? Adakah ia menyempurnakan agama juga? Dan bolehkah kita katakan semua
permasalahan ini, terlepas pandang dari Nabi صلى الله عليه وسلم dan para Salaf?
Atau mereka melupakannya atau tercuai dari menyelesaikannya?. سبحانك هذا بهتان عظيم (Maha Suci Engkau, ya Allah. Ini adalah satu
pembohongan yang besar!) Ini merupakan satu sangkaan yang jelas sesat.
Seterusnya kita
persoalkan, siapakah yang mendakwa bahawa amalan maulid ini mempunyai cara dan
teknik yang berbentuk ta’abbudiyyah yang mempunyai nash secara langsung ke
atasnya? Dakwaan ini merupakan sebesar-besar tipu daya dan sebathil-bathil
perkara yang cuba diserapkan oleh mereka. Dakwaan ini juga telah kita jawab
sebelum ini.
Selain itu mereka
mengatakan bahawa sambutan maulid ini merupakan bid’ah dari kelompok Rafidhah,
karena yang pertama menciptakan sambutan ini adalah kerajaan Fatimiyyah yang
mereka katakan zindiq, rafidhah dan keturunan Abdullah bin Saba’. Begitulah apa
yang mereka dakwa.(12)
Jawaban kepada
tuduhan ini telah kita sebutkan sebelum ini, yang mana sesungguhnya yang
pertama sekali menyambut maulid adalah shohib kepada Maulid ini sendiri, iaitu
Saiyiduna Muhammad صلى
الله عليه وسلم.
Kita telah sebutkan dalil-dalil shahih padanya yang mana tiada khilaf padanya.
Adapun perselisihan
pada kaifiat dan jalannya (tekniknya) yang sentiasa berkembang dan berubah, ia
bukanlah suatu perkara yang mesti mempunyai nash secara langsung. Malah
sebenarnya umat Islam telahpun menyambutnya sebelum zaman Fatimiyyah lagi. Dan
para ulama telah menyusun perihal maulid ini dalam kitab-kitab yang khas
baginya.
Penipuan dan Pemalsuan Terhadap Ibn Katsir
Kita juga ada
membaca dan mendengar ucapan mereka yang anti-maulid, untuk menyebarkan
kebathilan mereka dengan apa jua cara, walau dengan pemalsuan (seperti mana
kebiasaan mereka bagi mengaburi orang awam di kalangan Muslimin, terutamanya
yang kurang ilmu), apabila mereka mengatakan begini (dengan lafaz mereka
sendiri):(13 )
“Sesungguhnya
al-Hafiz Ibnu Katsir menyebutkan dalam al-Bidayah wa an-Nihayah (Jilid 11
mukasurat 172), bahawa Daulah Fatimiyah al-Ubaidiyyah (yang dinisbahkan kepada
Ubaidullah bin Maimun al-Qadaah berbangsa Yahudi), yang memerintah Mesir dari
tahun 357H hingga 567H, telah mengadakan pelbagai sambutan pada hari-hari yang
tertentu, dan antaranya ialah sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم.” – Tamat petikan
Beginilah yang
mereka naqalkan dari al-Hafiz Ibnu Katsir. Dan apabila kita merujuk kepada apa
yang mereka sebutkan, kita katakan kepada mereka: Wallahi, Kamu semua telah
berdusta!!! Sesungguhnya kami dapati daripada apa yang kamu dakwa daripada
al-Hafiz Ibnu Katsir merupakan satu dustaan, tipudaya, pemalsuan dan
pengkhianatan dalam mengambil kata-kata ulama.
Nah, bagaimanakah
kita boleh mempercayai dan berasa aman dengan mereka yang sanggup berbuat
demikian kepada ulama? Mereka amat taksub dan mengikut hawa nafsu mereka
sehingga sanggup berbuat apa sahaja dan enggan bermunaqasyah dengan adil, insaf
dan jauh dari hawa nafsu.
Berikut pendapat
sebenar al-Hafiz Ibn Katsir pada amalan maulid dan perkembangannnya, dan yang
telah disembunyikan oleh mereka yang mendakwa kononnya mereka bermunaqasyah
dengan penuh keadilan dan keinsafan. Al-Hafiz Ibn Katsir berkata dalam
al-Bidayah wa an-Nihayah Juzuk 13, Halaman 136, Terbitan Maktabah al-Ma’arif
seperti berikut:
“… al-Malik
al-Mudzaffar Abu Sa’id al-Kukabri, salah seorang dari pemimpin besar yang
cemerlang serta raja-raja yang mulia, baginya kesan-kesan yang baik14 (lihat
kata Ibn Katsir “kesan-kesan yang baik”), beliau telah mengadakan maulid yang
mulia pada bulan Rabiulawwal, dan mengadakan sambutan yang besar. Selain itu,
beliau seorang yang amat berani, berakal, alim lagi adil. Semoga Allah
merahmati beliau dan memperbaikkan kesudahannya…” dan beliau berkata seterusnya
: “dan beliau (Sultan Muzaffar) berbelanja untuk menyambut maulid 300,000
dinar”
Maka lihatlah
sidang pembaca sekalian, kepada puji-pujian kepadanya oleh Ibn Katsir, yang
menyifatkan beliau sebagai seorang yang alim, adil lagi berani, dan tidak
pernah mengatakan, zindiq, pembuat dosa, fasiq, melakukan dosa besar,
sepertimana yang didakwa oleh mereka yang menentang sambutan ini. Sidang
pembaca boleh merujuk sendiri kepada rujukan yang diberi, dan akan menemui
kata-kata yang lebih hebat lagi dari ini, yang tidak disebutkan di sini bagi
tidak memanjangkan perbahasan ini.
Lihatlah juga
kata-kata al-Imam al-Hafiz adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala’, Juzuk 22,
halaman 336, ketika menerangkan perihal al-Malik al-Mudzaffar apabila
disebutkan: “Beliau merupakan seorang yang tawadhu’, baik, ahli sunnah, dan
menyintai para fuqaha’ dan muhadditsin.”
Selain itu bagi
menjawab bantahan mereka kononnya ulamak silam mencerca sambutan ini, kita
bawakan kata-kata yang jelas dari tiga ulamak yang kehebatan mereka diakui
semua.
1) Al-Imam
al-Hujjah al-Hafiz as-Suyuthi: Di dalam kitab beliau, al-Hawi lil Fatawa,
beliau telah meletakkan satu bab yang dinamakan Husnul Maqsad fi ‘Amalil
Maulid, halaman 189, beliau mengatakan: Telah ditanya tentang amalan Maulid
Nabi صلى الله عليه وسلم pada bulan Rabiul Awal, apakah hukumnya dari sudut syara’? Adakah ia dipuji
atau dicela? Adakah pelakunya diberikan pahala atau tidak?
Dan jawapannya di
sisiku: Bahawasanya asal kepada perbuatan maulid, iaitu mengadakan perhimpunan
orangramai, membaca al-Quran, sirah Nabi dan kisah-kisah yang berlaku pada saat
kelahiran baginda dari tanda-tanda kenabian, dan dihidangkan jamuan, dan
bersurai tanpa apa-apa tambahan daripadanya, ia merupakan bid’ah yang hasanah
yang diberikan pahala siapa yang melakukannya karena padanya mengagungkan
kemuliaan Nabi صلى
الله عليه وسلم dan menzahirkan rasa kegembiraan dengan kelahiran baginda yang mulia.
2) Syeikh Ibn
Taimiyah : “Di dalam kitab beliau, Iqtidha’ as-Shiratil Mustaqim, cetakan Darul
Hadis, halaman 266, beliau nyatakan: Begitu juga apa yang dilakukan oleh
sebahagian manusia samada menyaingi orang Nasrani pada kelahiran Isa عليه السلام, ataupun kecintaan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dan mengagungkan baginda, dan Allah mengurniakan pahala kepada mereka atas
kecintaan dan ijtihad ini…”
Seterusnya beliau
nyatakan lagi : “Ia tidak dilakukan oleh salaf, tetapi ada sebab baginya, dan
tiada larangan daripadanya.”
Kita pula tidak
mengadakan maulid melainkan seperti apa yang dikatakan oleh Ibn Taimiyah sebagai:
“Kecintaan kepada Nabi dan mengagungkan baginda.”
3) Syeikhul Islam
wa Imamussyurraah al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: Berkata al-Hafiz as-Suyuthi
dalam kitab yang disebutkan tadi: Syeikhul Islam Hafizul ‘Asr Abulfadhl Ibn
Hajar telah ditanya tentang amal maulid, dan telah dijawab begini: “Asal amal
maulid (mengikut cara yang dilakukan pada zaman ini) adalah bid’ah yang tidak
dinaqalkan dari salafussoleh dari 3 kurun (yang awal), walaubagaimanapun ia
mengandungi kebaikan serta sebaliknya. Maka sesiapa yang melakukan padanya
kebaikan dan menjauhi yang buruk, ia merupakan bid’ah yang hasanah.
Telah jelas bagiku
pengeluaran hukum ini dari asal yang tsabit iaitu apa yang tsabit dalam
shahihain (shahih al-Bukhari dan shahih Muslim) bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم ketika tiba di Madinah mendapati orang Yahudi berpuasa Asyura’, lalu
baginda bertanya kepada mereka (sebabnya). Mereka menjawab: Ia merupakan hari
ditenggelamkan Allah Fir’aun dan diselamatkan Musa, maka kami berpuasa karena
bersyukur kepada Allah. Maka diambil pengajaran darinya melakukan kesyukuran
kepada Allah atas apa yang Dia kurniakan pada hari tertentu, samada cucuran
nikmat atau mengangkat kesusahan.”
Seterusnya beliau
berkata lagi: Dan apakah nikmat yang lebih agung dari nikmat diutuskan Nabi ini
صلى الله عليه وسلم, Nabi Yang Membawa Rahmat, pada hari tersebut? Dan
ini adalah asal kepada amalan tersebut. Manakala apa yang dilakukan padanya,
maka seharusnya berlegar pada apa yang difahami sebagai bentuk kesyukuran
kepada Allah Ta’ala samada tilawah, memberi makan, sedekah, membacakan
puji-pujian kepada Nabi, penggerak hati atau apa sahaja bentuk kebaikan dan
amal untuk akhirat.”
Inilah
istinbat-istinbat yang dikatakan oleh mereka yang menentang sambutan maulid
(anti-maulid) sebagai istidlal yang bathil serta qias yang fasid, lalu mereka
mengingkarinya. Cukuplah bagi kita memerhatikan siapakah yang mengingkari dan
siapa pula yang mereka ingkari!!!
Golongan yang
anti-maulid juga mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah
melakukannya, begitu juga khulafa’ ar-rasyidun serta tidak juga dari mereka
dikalangan para sahabat yang lain.
Maka Kita katakan
kepada mereka bahawa sekadar meninggalkan sesuatu perkara tanpa diiringi nash
bahawa apa yang ditinggalkan adalah perkara yang dilarang, bukanlah merupakan
satu nash padanya. Malah ada menunjukkan bahawa apa yang ditinggalkan itu suatu
yang disyariatkan. Manakala suatu perbuatan yang ditinggalkan menjadi suatu
perkara yang dilarang bukanlah diambil dari sifatnya ditinggalkan semata-mata,
tetapi berdasarkan dalil lain yang menunjukkan larangan. Walau bagaimanapun
soal jawab ini gugur karena kita katakan apa yang bercanggah adalah pada teknik
dan cara, bukannya pada asal hakikat maulid itu sendiri yang ada dilakukan
sendiri oleh baginda صلى
الله عليه وسلم.
Dan adapun dakwaan
mereka dengan bahawa kebanyakan yang menyambut maulid ini adalah golongan fasiq
dan yang membuat maksiat merupakan satu tuduhan yang jelas tidak berasas sama
sekali. Mereka perlu membawakan bukti pada apa yang mereka katakan. Jika tidak
ini merupakan suatu fitnah kepada majoriti umat Islam di seluruh dunia, dan
merupakan satu maksiat dan dosa besar pula ke atas mereka. Malah kita juga
sudah menjawab dakwaan ini sebelum ini.
Antara bantahan
mereka lagi ialah: Sesungguhnya sambutan ini bukanlah dalil kecintaan kepada
baginda صلى
الله عليه وسلم.
Jawaban baginya
pula ialah: Kita tidak mengatakan bahawa sambutan maulid ini merupakan
satu-satunya dalil kecintaan kepada baginda صلى الله عليه وسلم, dan siapa yang tidak menyambutnya bukanlah pencinta.
tetapi apa yang kita katakan adalah: Sesungguhnya sambutan maulid ini merupakan
satu tanda daripada tanda-tanda kecintaan kepada baginda, dan ia merupakan satu
dalil dari dalil-dalil kepada kaitan kita kepada baginda dan mengikuti baginda.
Selain itu, tidak semestinya siapa yang tidak menyambutnya bukan seorang
pencinta atau pengikut baginda.
Dan sabitnya
kecintaan dengan mengikuti jejak baginda tidak menafikan tsabitnya kecintaan
dengan mengikuti baginda serta ditambah lagi dengan mengambil berat dan
berusaha lagi, seperti mana yang disyariatkan, yang tergambar dalam sambutan
ini. Sambutan ini pula tidak terkeluar dari kaedah dan asas-asas syariah di
sisi mereka yang berakal.
Antara bantahan
mereka yang gugur lagi ialah, kata-kata sebahagian mereka bahawa ayat Alquran
yang kita sebutkan dalam dalil ketiga, (bahagian 1) sebelum ini iaitu :
قُلْ
بِفَضْلِ ٱللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ…
Mereka mengatakan
bahawa ayat ini tidak menunjukkan kepada kegembiraan dengan adanya Rasul صلى الله عليه وسلم karena yang dimaksudkan dengan rahmat di sini adalah Islam dan Al-Quran.
Mereka juga menaqalkan kata-kata beberapa mufassir padanya, serta beberapa
atsar padanya, walaupun tidak diriwayatkan langsung hadits marfu’ padanya.
Kita katakan:
Subahanallah!. Betapa pelik dan ajaibnya kata-kata ini. Kalaulah yang berkata
ini tidak mengucapkan syahadah, nescaya kita katakan dia adalah seorang musuh
yang nyata menyesatkan, mempunyai dendam dan hasad serta niat jahat. Namun
kalimah tauhid yang disebutkan menyelamatkan mereka dari kata-kata ini, lalu
dengan lidah-lidah sesama mu’min yang mengesakan Allah serta mangasihi satu
sama lain, kita bersangka baik kepada mereka bahawa ini adalah karena kejahilan
mereka serta salah faham.
Dan sebagai jawapan
bagi bantahan ini, kita katakan bahawa telah jelas disifatkan Nabi صلى الله عليه وسلم sebagai rahmat dalam ayat-ayat dan hadits yang begitu banyak yang
sebahagiannya telah pun kita sebutkan sebelum ini. Maka apakah penghalang dari
kita katakan rahmat dalam ayat yang disebutkan ini juga merangkumi Nabi صلى الله عليه وسلم, maka kita katakan Islam, Al-Quran dan Nabi صلى الله عليه وسلم semuanya adalah rahmat.
Dan siapakah yang
datang dengan Islam yang merupakan rahmat? Dan siapa pula yang diturunkan
padanya Al-Quran yang merupakan rahmat? Bukankah baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang datang dengan rahmat ini? Jikalah tidak didatangkan dalam Al-Quran
nash yang jelas menunjukkan secara mutlak zat serta syakhsiah baginda yang
mulia sebagai rahmat, cukuplah penyataan di atas sebagai menunjukkan bahawa
yang membawa rahmat itu sendiri adalah rahmat. Dan berdasarkan manhaj mentafsir
Al-Quran dengan al-Quran, tidak syak lagi bahawa ayat tersebut merangkumi Nabi صلى الله عليه وسلم yang merupakan rahmat yang diperintahkan oleh Allah kepada kita supaya
bergembira dengannya.
bantahan mereka lagi
ialah: Sesungguhnya hari kelahiran baginda adalah hari kewafatan baginda juga.
Maka kegembiraan tentulah tidak lebih utama dari kesedihan. Dan lebih utama
bagi seorang yang menyintai menganggap hari ini sebagai hari berkabung dan
bersedih.
Kita katakan:
Sesungguhnya cukuplah bagi kita al-Imam Al-’Allamah Jalaluddin as-Suyuthi
sebagai balasan kepada kesalahan ini. Beliau telah menyatakan di dalam kitabnya
al-Hawi: Sesungguhnya kelahiran baginda صلى الله عليه وسلم merupakan
seagung-agung nikmat, manakala kewafatan baginda musibah terbesar kepada kita.
Dan syariah menyeru kita untuk menzahirkan kesyukuran atas nikmat, dan sabar
serta bertenang ketika ditimpa musibah. Syariat telah memerintahkan ‘aqiqah
pada kelahiran sebagai menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas kelahiran.
Sebaliknya tidak pula diperintahkan demikian atau lainnya ketika kematian,
malah dilarang pula ratapan dan menunjukkan kesedihan yang teramat sangat. Maka
kaedah syariah telah menunjukkan bahawa pada bulan ini digalakkan menunjukkan
kegembiraan dengan kelahiran baginda صلى الله عليه وسلم, dan bukanlah menunjukkan kesedihan dengan kewafatan
baginda صلى
الله عليه وسلم.
Antara bantahan
mereka yang gugur lagi ialah bahawa kisah Abu Lahab yang membebaskan Tsuwaibah
ketika dikhabarkan kepueteraan Nabi صلى الله عليه وسلم merupakan satu
atsar yang bathil, karena ia hanya sebuah mimpi yang tidak boleh dijadikan
hujah, serta bercanggah dengan al-Quran. Kemudian mereka berdalilkan kata-kata
Ibn Hajar dan mereka berkata : Telah berkata al-Hafiz di dalam al-Fath bahawa
ia adalah mimpi yang tiada hujah padanya.
Kita katakan
bahawa, Ibn Hajar yang mereka ambil kata-katanya sebagai dalil dan mereka
sifatkan sebagai “al-Hafiz” merupakan Ibn Hajar yang sama yang telah
mengistinbatkan hukum maulid berdasarkan asas yang shohih berdalilkan hadits
puasa ‘asyura’ (seperti disebutkan sebelum ini), lalu mereka tidak mengambil
kata-katanya malah mengatakan : “Pendalilan ini adalah pendalilan yang bathil
dan kias yang fasid”.
Lihatlah kepada
kepincangan teknik mereka. Apabila mereka menyangka ijtihad Ibn Hajar menepati
hawa mereka, lantas mereka katakan: “telah berkata ‘Al-Hafiz’”, sebagai
menghormati dan memuliakan beliau dengan gelaran ini. Tetapi apabila bercanggah
dengan hawa mereka, mereka tidak akan menyebutkan demikian malah mengatakan
dalilnya fasid dan kiasnya fasid.
Tambahan pula, ini
merupakan gambaran jelas kejahilan mereka yang anti sambutan maulid ini yang
kononnya mengambil dalil dari kata-kata Ibn Hajar pada menolak khabar berkaitan
tsuwaibah. Ini karena orang yang menaqalkan kata-kata ini telah menyeleweng
serta menggunakan kata-kata Ibn Hajar mengikut nafsunya semata-mata, dan tidak
mendatangkannya dengan gambaran yang sebenar. Kalaulah didatangkan kata-kata
beliau dengan sempurna, tentulah gugur hujjah mereka. Ini karena al-Hafiz Ibn
Hajar telah menolak serangan ini di penghujung perbahasannya tentang tajuk
tersebut dengan mengatakan bahawa Allah Ta’ala berhak untuk melebihkan apa yang
dikehendaki ke atas Abu Lahab, seperti mana yang dikurniakan kepada Abu Talib.
Sesiapa yang merujuk kitab tersebut dengan sempurna tentu sekali akan memahami
secara jelas pendapat Ibn Hajar yang sebenarnya.
Berkenaan hadits
atau khabar tersebut pula, kita katakan secara ringkasnya bahawa kisah tersebut
adalah sangat masyhur dalam kitab-kitab hadits dan sirah, dan telah dipetik
dari para huffaz yang muktabar dan muktamad. Dan cukuplah bagi kita bahawa ia
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab shahihnya, yang kita sepakati
kesahihannya yang tidak disangkal sama sekali.
Selain itu
permasalahan ini termasuk dalam bab manaqib dan kelebihan serta kemuliaan yang
mana tidak disyaratkan padanya sahihnya suatu khabar tersebut. Selain itu
dakwaan mereka bahawa khabar ini sekadar mimpi yang tidak boleh dijadikan hukum
syara’, kita katakan bahawa mereka tidak tahu membezakan antara hukum syara’
dan bukan. Pada hukum syara’ memang ada padanya perselisihan sama ada mimpi
boleh dijadikan hujjah ataupun tidak. Adapun dalam bab manaqib seperti ini,
berpegang dengan mimpi adalah dibolehkan secara mutlak. Inilah yang dipegang
oleh para huffaz berdasarkan mimpi masyarakat jahiliyah akan tanda perutusan
Rasulullah صلى
الله عليه وسلم serta perkhabaran lain. Perkara ini banyak sekali terdapat dalam
kitab-kitab sunnah terutamanya dalam menceritakan tanda-tanda kenabian.
Mereka juga
mengatakan bahawa yang bermimpi dan meriwayatkan khabar ini, iaitu Abbas, dalam
keadaan kufur, sedangkan orang kafir tidak diterima persaksian mereka dan tidak
diterima khabar dari mereka. Ini merupakan kata-kata yang ditolak, dan tiada
padanya haruman ilmiah langsung. Ini karena tidak pernah langsung kita katakan
mimpi merupakan suatu persaksian. Maka tidak disyaratkan padanya keislaman
seseorang. Ini seperti yang diriwayatkan dalam al-Quran kisah mimpi raja Mesir
di zaman Nabi Yusuf عليه
السلام yang merupakan seorang penyembah berhala, akan tetapi dijadikan sebagai
tanda kenabian Nabi Yusuf عليه السلام.
Kalaulah ia tidak boleh dijadikan dalil serta tiada faedah, mengapa pula
disebutkan oleh Allah dalam al-Quran?
Dan apa yang lebih
pelik lagi ialah, mereka mengatakan bahawa Abbas bermimpi ketika beliau kafir,
dan orang kafir tidak diterima persaksian mereka, sedangkan kata-kata ini hanya
layak keluar dari mereka yang tidak mengetahui ilmu hadits sahaja. Ini karena
apa yang dinyatakan dalam ilmu hadits adalah periwayat hadits yang mengambil
hadits ketika kafir kemudian meriwayatkannya sesudah Islamnya, boleh diambil
riwayatnya serta diamalkan. Lihatlah contoh-contoh bagi perkara ini dalam
kitab-kitab ilmu hadits, supaya anda akan mengetahui bahawa orang yang
mengatakan begini adalah orang yang berkata tanpa ilmu, dan sesungguhnya
nafsunyalah yang mendorongnya menceburkan diri dalam bidang yang dia bukan
ahlinya.
Selain itu, apa
yang lebih kuat lagi ialah, mimpi Abbas ini bukanlah seperti mimpi lain. Ini
karena beliau telah menceritakannya ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada bersama, dan
baginda mendengar serta menyetujuinya dan membenarkannya. Jikalau ia merupakan
sesuatu yang salah atau bercanggah dengan agama, tentu sekali baginda akan
mengingkarinya. Dan oleh karena baginda telah mendengar dan bersetuju
dengannya, maka ia telah menjadi sunnah taqririah.
_________________________________
Catatan kaki:
(12) dan (13):
Tuduhan ini dibuat oleh Shaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (meninggal
pada1420H), bekas mufti Saudi didalam fatwanya (rujuk fatwa markaz ad-dakwah wa
al-irsyad)
(14) Maksudnya
menpunyai akhlaq yang baik.
Saya bawakan
petikan dari kitab Irsyadul Jawiyyin ila Sabilil Ulama-il ‘Amilin oleh Tuan
Guru Hj ‘Abdul Qadir bin Hj Wan Ngah Sekam. “ …… iaitu satu raja yang adil dan
‘alim … namanya Abu Said Kukubri bin Zainuddin … raja negeri Irbil dan
bercerita oleh setengah mereka …….. [seterusnya] …. Dan cerita oleh isterinya bahawa
baju bagi raja itu tak sampai harga lima dirham pun, maka isterinya merepek
[berleter] kepadanya, maka jawab raja itu: Pakai aku akan kain lima dirham dan
bersedekah aku dengan dirham yang lebih lagi itu terlebih baik daripada aku
pakai yang mahal dan tinggal aku akan faqir miskin …..” – Halaman 11. – Tamat
petikan -.
Al-Malik
al-Mudzaffar Abu Sa’id al-Kukabri adalah ipar kepada Sultan Salahuddin
al-Ayyubi. Beliau gugur syahid didalam medan jihad menentang tentera salib
Perancis ketika mempertahan kota Akka pada tahun 630H. Beliau pernah
menghadiahkan wang sebanyak seribu dinar kepada Shaikh Abu al-Khattab ibn Dihya
karena telah menyusun untuk beliau sebuah kitab maulid bertajuk al-Tanwir fi
Maulid al-Bashir al-Nadzir. – Wallahu a’lam
(Sumber: http://asysyifawalmahmuudiyyah.wordpress.com/)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar